Heboh sejak semalam di media sosial apabila Shukri Yahaya didakwa menggoda seorang wanita yang merupakan model sambilan yang dikenali sebagai Sarah Danielle.
Walaupun sebelum ini Shukri telah mengeluarkan kenyataan bahawa berita yang disebarkan oleh wanita itu tudak benar dan mendakwa Sarah seperti ingin mencari publisiti murahan serta segala bukti perbualan yang dimuat naik adalah palsu.
Namun, ternyata Sarah tidak mengaku kalah dan tetap mempertahankan tindakan dia berkongsi mesej digoda Shukri Yahaya itu adalah satu tindakan benar dan kali ini Sarah memuat naik video perbualan antara dirinya dan Shukri Yahaya.
Melalui akaun Instagram milik Sarah, wanita tersebut memuat naik bukti satu persatu dan memberitahu beliau tidak menyunting foto berkenaan dengan tujuan tertentu.
“Saya tiada apa-apa niat buruk selain mahu menghentikan gangguan dia. Sejak cerita ini heboh dia padam akaun Wechat peribadinya dan profile Instagram pun dia tukar.
